Pages

Wednesday, April 4, 2012

Gunung Ledang

Kali ni aku g shot gambar kat Gunung Ledang lak.. Aku pun tak tau nak citer pasal Gunung Ledang ni... tp kat sini memang cantik n tenang... semua hijau katakan.... Aku rase semua dah tau Gunung Ledang nie kat Johor. Tempat yg banyak flora n fauna.. jd ko org tgk je lah gambar yg sempat aku shot..

Pulau Tioman

Pulau Tioman.. memang terbaikk.. sesuai sangat lah kalo kita gi sana untuk berehat.. Samada pergi ngan family atau member2 memang aku sangat shorkan...
Gamabar kat sebelah ni jeti Panuba inn... kat sini lah aku lepak ngan member2 aku masa aku cuti2 malaysia ari tu.. Tempat

memang cun, bilik baik bersih n kemas... Yg best kat panuba nie, staf2 dia org semua blh jadi member2.. lepak snokling sama, main gitar sama2, n main bola tampar pantai sama2.. terbaik utk staf Panuba inn..


Dari jeti Mersing ke sini lebih kurang sejamsetengah aku tido dlm feri, sampai jeti Panuba ni lebih kurang kul 7 pg.. Pemandangan memang indah n paling shok laut tioman nie memang cantik... mcm2 ikan blh tgk dr jeti ni tp semua aku tak tau name nye...





Aku lepak kat Tioman nie 3hari je... memang tak cukup sbb tak round2 pulau ni lg... lepak sini keja kt org snokling je.. tgk ikan n coral.. semua cun2.. next time aku nak lepak lg sana n mungkin lepas ni ngan family pulak lah yobbb...


Thursday, July 29, 2010

Taman Kota Gelangi Jerantut Pahang

Kepada sesiapa yang berminat nak masuk gua, nie ada tempat menarik.. Gua kota Gelangi kat Jerantut Pahang nie. Kat sini adalebih kurang 11 buah gua. Antara gua-gua yang ada kat sini spt Gua Sading, Gua Angin, Gua Tongkat, Gua Kepala Gajah, Gua Terang Bulan, Gua Balai, Gua Penyu, Gua Tangga 99, Gua Kelawar, Gua Ular dan Gua Hijau.. Kat sini blhlah kt orang tengok flora n fauna yang cantik2 sambil menyedup udara yang segar gitu...



Bukit Kertau Temerloh Pahang

Pasti tidak ramai yang mengenali nama Bukit Kertau... Bukit Kertau ini terletak kat Temerloh Pahang. Specialnya tempat ni adalah terdapat titik tengah Malaysia barat kat sini.. Tengok je gambar batu penanda tu.. Masa kt orang gi panjat bukit nie, banyak pemandangan yang indah dalam hutan nie.. Ada pokok besar, gua-gua kecil dan pelbagai lg.. jom tengok gambar-gambar nie..

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Bukit Bendera adalah kawasan tertinggi kat Peneng nie. Kt org sempat berjalan-jalan kat sini. Cuaca kat sini mengikut keadaan, kadang-kadang bekabus gak. Kat atas nie banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati. Ada bangunan-bangunan lama dan tokong-tokong lama kat sini. Kawasannya cantik dan kt boleh tengok pemandangan yang indah kat sini. Satu Peneng blh tengok kot. So jom jalan-jalan...



Kalo nak naik ke atas ni kena naik train nie. Perjalanan keatas nie memakan masa lebih kurang 35minit. Slow2 jalan tengok pemandangan dari dalam train nie. Best gak.


Ni pemandangan Negeri Pulau Pinang dari atas. Menarik kan..

Kota Kinabalu, SABAH

Kota Kinabalu adalah ibu negeri Sabah. Sebuah bandaraya yang padat dan terletak di sebelah utara negeri Sabah. Tempat yang menarik dan sangat sibuk dengan penduduk-penduduknya.. Kita orang sempat melawat beberapa tempat di sekitar bandar ini.. Jom tengok gambar-gambar yang sempat kt orang shot..



Gambar-gambar sekitar bandaraya Kota Kinabalu nie.. bot pun lalu kat sini.. Kebanyakan van menggantikan bas kat sini..


Pasar kraftangan tu tempat pelancong membeli mutiara. Banyak mutiara yang cun-cun kat sini. Harga pandai-pandai adjust lah.. Tengok jelah kawan aku tu, sibuk membeli mutiara (tengah adjust lah tu)