Pages

Thursday, July 29, 2010

Taman Kota Gelangi Jerantut Pahang

Kepada sesiapa yang berminat nak masuk gua, nie ada tempat menarik.. Gua kota Gelangi kat Jerantut Pahang nie. Kat sini adalebih kurang 11 buah gua. Antara gua-gua yang ada kat sini spt Gua Sading, Gua Angin, Gua Tongkat, Gua Kepala Gajah, Gua Terang Bulan, Gua Balai, Gua Penyu, Gua Tangga 99, Gua Kelawar, Gua Ular dan Gua Hijau.. Kat sini blhlah kt orang tengok flora n fauna yang cantik2 sambil menyedup udara yang segar gitu...



Bukit Kertau Temerloh Pahang

Pasti tidak ramai yang mengenali nama Bukit Kertau... Bukit Kertau ini terletak kat Temerloh Pahang. Specialnya tempat ni adalah terdapat titik tengah Malaysia barat kat sini.. Tengok je gambar batu penanda tu.. Masa kt orang gi panjat bukit nie, banyak pemandangan yang indah dalam hutan nie.. Ada pokok besar, gua-gua kecil dan pelbagai lg.. jom tengok gambar-gambar nie..

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Bukit Bendera adalah kawasan tertinggi kat Peneng nie. Kt org sempat berjalan-jalan kat sini. Cuaca kat sini mengikut keadaan, kadang-kadang bekabus gak. Kat atas nie banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati. Ada bangunan-bangunan lama dan tokong-tokong lama kat sini. Kawasannya cantik dan kt boleh tengok pemandangan yang indah kat sini. Satu Peneng blh tengok kot. So jom jalan-jalan...



Kalo nak naik ke atas ni kena naik train nie. Perjalanan keatas nie memakan masa lebih kurang 35minit. Slow2 jalan tengok pemandangan dari dalam train nie. Best gak.


Ni pemandangan Negeri Pulau Pinang dari atas. Menarik kan..

Kota Kinabalu, SABAH

Kota Kinabalu adalah ibu negeri Sabah. Sebuah bandaraya yang padat dan terletak di sebelah utara negeri Sabah. Tempat yang menarik dan sangat sibuk dengan penduduk-penduduknya.. Kita orang sempat melawat beberapa tempat di sekitar bandar ini.. Jom tengok gambar-gambar yang sempat kt orang shot..



Gambar-gambar sekitar bandaraya Kota Kinabalu nie.. bot pun lalu kat sini.. Kebanyakan van menggantikan bas kat sini..


Pasar kraftangan tu tempat pelancong membeli mutiara. Banyak mutiara yang cun-cun kat sini. Harga pandai-pandai adjust lah.. Tengok jelah kawan aku tu, sibuk membeli mutiara (tengah adjust lah tu)

Thursday, July 22, 2010

Pulau Omadal SABAH

Sabah negeri di bawah bayu.. Kita orang sangat suka lepak kat sabah ni coz the view and orang-orang Sabah sangat baik. This country rich with tourism product coz they have many interesting places to visit..
Salah satu tempat yang menarik di Sabah nie adalah pulau-pulaunyer.. Pulau Omadal nie adalah salah satu pulau yang cantik dan menarik. Walaupun hanya sebuah pulau ini adalah sebuah kampung atas air je, ia tetap menarik bg kami.. Pulau nie kebanyakkan di duduki oleh Kaum Bajau Laut. Untuk ke pulau nie, kita perlu menaiki bot selama 45minit dari Semporna.
Anda mesti singgah di sini jika ke Semporna sebab tempatnya yang menarik dan penduduknya yang ramah...



Check up tempat-tempat yang sempat kami lawati..

STREETS JOURNEY SHOTING



PHOTO COLLECTION